My Diary : Artis wow!

Assalamualaikum dan Hai!


Ada muka jadi artis tak?

Pergghhhh!


Minum air bandung yang sedap pun jadi tak sedap. Serbuk milo yang manis pun jadi tawar.
Kecuali Nasi ayam yang tetap menjadi kegemaran ramai, sebab sedap murah padat dan mengenyangkan. ops! Apa kaitan pula ne. XD



Semakin hari semakin ramai pula yang menggelar saya artis youtube. Auw kelaSs gitu. ARTIS?  wow!
1 hari 1 malam tak makan tak tidur tak main game.
Sebab Geli Hati. 


Memang saya punya cita-cita yang tinggi. Tinggi dari gunung kinabalu. Tapi bukan Glamour nak jadi artis yang saya kejar. Bukan perhatian media atau siapa-siapa.


Muzik itu seni dan seni itu dunia saya. Bila kita dah minat dengan sesuatu benda, susah untuk kita tinggalkan.
Sama juga dengan minat memasak, bertukang dan lain-lain.
Manusia masing-masing ada minat. 
Dan tak semestinya bila kita berkongsi dengan orang lain, kita nak femes gitu. wow!


Saya sendiri pun tak sangka akan ada viewers video nyayian tak seberapa saya di youtube. Niat untuk bawa pengunjung ke belogg ini & tambah wang saku. Tapi digelar artis pula. wow!


Menaip entry ne pun tangan saya terketar-ketar,  kembang kempis hidung yang sederhana mancung**konon ni digelar artis. wow!


Nak gelak sampai pecah perut pun, perut saya memang dah pecah. Nak sengih-sengih, tapi takut kena cakap gila pula sebab dah banyak sangat sengih nih. wow!


wow! wow! wow! wow! wow!


Geli hati. Geli dada. Geli jiwa.
Gigi pun geli juga. 


Saya bukan artis, bukan artis youtube, saya pika atau nama sebenar syafiqah eugene yang tak tentu temperature  takat didih dan takat beku. Baru berkecimpung dalam industri berbelog dan terus jatuh cinta buat kali ketiga.
Saya suka kedua-dua sekali, muzik dan blog.


Saya gembira, senyum nampak gigi sampai telinga bila ada follower baru. Saya eksaited sangat baca komen korang dalam belog ini. 
Dan lompat-lompat bila duit nuffnangchurp-churp bertambah. Rezeki-rezeki.
Korang punca rezeki saya. Terima kasih.


Tapi. Saya bukan artis (T_T)


Saya orang biasa, yang pakai selipar jepun pegi pasar malam, makan bakso rm3.50 dan penggemar pisang goreng yang tegar.
Bukan artis.


Saya cuma orang biasa, yang suka menaip dan berkongsi kehidupan seharian saya di belog sambil makan dan menternak lemak di badan.
Bukan artis.


Saya peminat setia kpop yang berangan-angan dan hanya angan-angan yang bukan untuk dicapai nak cantik macam Hyuna 4minute. Peminat kpop.
Bukan artis.


Saya ialah saya. Bukan siapa-siapa. Bukan artis. :)

36 comments:

  1. ape maksud viewers video syok sendiri? hehe...

    ReplyDelete
  2. im one of your follower.. :)
    suka anda :)

    ReplyDelete
  3. kelakar lah kak.. btw kita ada nama sama ^^ SYAFIQAH :) hehehe

    ReplyDelete
  4. u got talent my dear...and I proud to be sabahan because we have you..patut diketengahkan lagi ne :)

    but,remember..where ever you go,whatever ur achievement,just be urself :)

    ReplyDelete
  5. hehe alaa bila mau jumpa pika ni? sy d kk suda ni:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe. sy masih d kngau ne. nt bulan 7 baru blik kk :D

      Delete
  6. wahhh, retisss! nak sign! hihi :)

    ReplyDelete
  7. anak tumpangg lalu makcik .. :)
    suke-2 bace entry awok <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. same-2 awok ! suke belogg awok ! buad kn untuk zalah buleh ? :))

      Delete
  8. artis adalah orang yang membuat "art" ....

    awak bkn artis...

    bkn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Artis merujuk kepada seseorang yang kreatif, atau inovatif, atau mahir dalam sesuatu bidang seni. Ahli sejarah seni dan pengkritik seni mendefinisikan artis sebagai seseorang yang menghasilkan seni dalam batas-batas yang diakui.
      Istilah artis telah digunakan seawal tahun 1980-an untuk menggantikan istilah seniman dan seniwati kerana ia lebih menarik dan megikut peredaran zaman. Perkataan artis diambil dari Bahasa Inggeris (Artist) yang bermaksud seniman.
      Terdapat pelbagai jenis artis. Antaranya ialah pelakon, penari, penyanyi/pemuzik dan pelukis.

      u are the real artist
      all the best pika..

      Delete
  9. kalo di indo kamu pasti udah jadi artis,kamu berbakat suara kamu juga ok..
    aku do'ain deh biar jadi artis..amiiinnn
    hehehe..

    ReplyDelete
  10. Jadi artis emmmm. Pantas lah .tetapi tau tidak kalau udh menyandang gelar keartisan jadi susah memandang. Diri waktu belum jadi artis. Artis eeeh jangan deh nanti banyak buat dosa. Tetap jadi diri sendiri .berkarya mantap dalam berbuat baik .semata mengharap ridho ALLAH.

    ReplyDelete
  11. jadi artis suda kah ko dut... xdpt la bkawan sama artis ni haha

    ReplyDelete
  12. hewhew , suka post ni .
    btw , sya suka nynyi cover sis "anak kampung versi perempuan" heww , comel bahhh :)

    ReplyDelete
  13. whatever u would be ,i'll pray the best for u :)

    ReplyDelete
  14. nih laa awek yg nyanyi anak kampung sambil main gitar tu?..boleh diperkembangkn lg bakat..rupa pun boleh tahan :)

    ReplyDelete
  15. sia minat lagu anak kampung kaw nyanyi tuh bha..
    cumil seja tuh suara kaw..
    minat habis sama kan..
    bleyh mintak sign ndak bha?
    hehe..

    ReplyDelete
  16. hei sist, ditunggu cover nya di youtube :D

    ReplyDelete
  17. retis omey~ talented!! had a nice voice

    ReplyDelete